Kursus TOT Pembangunan Pasukan IPN

Pada 14 Februari 2022 sehingga 16 Februari 2022 seramai 12 orang bakal jurulatih kursus semangat berpasukan telah di hantar ke Pusat Kokurikulum Negeri Perak di Pulau Pangkor. Kursus yang dianjurkan oleh Program Pembangunan Kerjaya dan Kepakaran ini diadakan bagi menyediakan barisan kejurulatihan IPN yang bakal mengendalikan kursus-kursus pembangunan pasukan pada masa hadapan. Tenaga-tenaga pengajar kursus TOT ini adalah dari Pusat Kokurikulum Negeri Perak yang memiliki pengalaman selama lebih daripada 10 tahun dalam bidang pengkhususan pembangunan pasukan. Semoga Hasrat IPN untuk menjadi pusat latihan awam yang dinamik dapat direalisasikan dengan penganjuran kursus-kursus baharu seperti pembangunan pasukan pada masa hadapan.