IPN Leadership Talk Series 4/2019

Institut Perakaunan Negara melalui Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD), telah menganjurkan satu Program IPN Leadership Talk Series 4/2019 yang bertajuk Data Analytics & Audit bertempat di Pusat Pembangunan Profesional, IPNCPD, Cyberjaya pada 25 September 2019.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Encik Ric De Santi, yang merupakan Deputy Auditor General, Chief Executive Officer, Tasmanian Audit Office. Sesi ini membicarakan tentang analisis data, perakaunan dan audit dalam kerajaan dan perniagaan.

Seramai 50 orang Akauntan dan Penolong Akauntan telah menyertai taklimat ini yang berkhidmat di pelbagai bahagian serta kementerian. Sesi ini juga telah disiarkan secara perseidangan video dan terdapat sembilan Jabatan Akauntan Negeri dan Cawangan telah menonton program tersebut.