IPN Leadership Series 5/2020 – Sahsiah Unggul “Pemangkin Pemimpin Cemerlang

Pada 15 Disember 2020 IPN Leadership Series 5/2020 telah berjaya dianjurkan dalam keadaan normal baharu secara dalam talian. Pembentangan telah disampaikan oleh Puan Nor Ziana binti Awang, Pegawai Psikologi, Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Program ini telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Profesional IPNCPD Cyberjaya khas untuk Skim Penolong dan Pembantu Akauntan.  Seramai 201 oarang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini.

Intipati pembentangan kali ini menjurus bagaimana membentuk sahsiah diri yang cemerlang bagi membentuk pemimpin unggul dari aspek psikologi. Ini merupakan julung-julung kali topik melibatkan psikologi diketengahkan dalam IPN Leadership Series.