Diari Muslimah Pink

Unit Pembangunan Kerohanian telah memperkanalkan satu inisiatif baharu bagi meningkatkan kefahaman warga kerja IPN terutama dalam kalangan Wanita melalui program yang diber nama Diari Muslimah Pink. Aktiviti sulung telah diadakan pada 30 Jun 2022 bertempat di Perpustakaan IPN dengan penglibatan seramai 18 orang peserta. Aktiviti santai berbentuk usrah ini telah disampaikan oleh Ustazah Sali Safira binti Lamsah, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam.

Insiatif ini telah diadakan untuk memberi pengetahuan kepada warga kerja muslimah IPN berkaitan dengan ilmu keagamaan, kekeluargaan, motivasi dan sebagainya. Pendekatan yang santai diadakan secara berkumpulan memberi ruang kepada peserta untuk menanyakan pelbagai soalan untuk dijawab oleh moderator. Selain itu juga ruang perbincangan juga dibuka kepada ahli bagi berkongsi pengetahuan dan pendapat. Program ini bakal diadakan dua kali sebulan dan terbuka kepada semua warga kerja Wanita IPN