Ringkasan Program
Program ini memberi tumpuan kepada kecekapan penggunaan sistem maklumat perakaunan/kewangan sektor awam, termasuk pemahaman proses kerja digital, integriti data, serta keperluan audit trail dan keselamatan akses.
Objektif
-
Meningkatkan kemahiran penggunaan sistem untuk operasi yang lebih cekap dan tepat.
-
Mengukuhkan tadbir urus data, kawalan akses dan ketelusan transaksi.
-
Menyokong transformasi digital melalui standardisasi proses dan pelaporan.
Kumpulan Sasaran
Pengguna sistem (end-user), penyelia proses, pegawai semakan, pegawai data/pentadbir peranan (mengikut kesesuaian).
Kompetensi & Hasil Pembelajaran
Peserta berupaya untuk:
-
Mengendalikan modul transaksi dan pelaporan sistem secara betul.
-
Memahami aliran kerja digital (workflow), kelulusan dan audit trail.
-
Melaksanakan semakan integriti data dan troubleshooting asas.
-
Mengamalkan kawalan akses/peranan pengguna mengikut tadbir urus.
Impak kepada Agensi
-
Proses lebih pantas, ralat data berkurang.
-
Ketelusan dan keboleh-auditan meningkat.