Program Pembangunan Profesional

Program ini memfokuskan pembangunan profesionalisme dan kompetensi generik yang kritikal dalam perkhidmatan awam seperti kepimpinan, komunikasi, etika, kerja berpasukan dan pengurusan perubahan.

Objektif

  • Memperkasa kemahiran profesional untuk prestasi kerja yang lebih tinggi.

  • Mengukuhkan integriti, nilai dan etika dalam penyampaian perkhidmatan.

  • Meningkatkan keupayaan kepimpinan dan kolaborasi rentas fungsi.

Kumpulan Sasaran

Semua penjawat awam (mengikut tahap), termasuk pegawai pelaksana, penyelia dan pengurusan.

Kompetensi & Hasil Pembelajaran

Peserta berupaya untuk:

  • Berkomunikasi secara profesional dan berkesan dalam tugasan rasmi.

  • Mengaplikasi prinsip etika, integriti dan akauntabiliti.

  • Mengurus kerja berpasukan, konflik dan kolaborasi.

  • Mengurus perubahan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Impak kepada Agensi

  • Produktiviti dan kualiti perkhidmatan meningkat.

  • Budaya kerja lebih profesional, berintegriti dan responsif.