Program Pembangunan Penyelidikan

Program ini membina keupayaan penyelidikan dan penulisan berasaskan bukti (evidence-based) bagi menyokong penambahbaikan dasar, proses dan penyampaian perkhidmatan sektor awam.

Objektif

  • Meningkatkan kemahiran metodologi penyelidikan dan analisis data.

  • Menggalakkan budaya inovasi serta penambahbaikan berterusan.

  • Memperkukuh keupayaan menghasilkan laporan/kertas kerja berkualiti.

Kumpulan Sasaran

Pegawai yang terlibat dalam kajian, penilaian program, inovasi proses, penyediaan kertas cadangan, serta pembentangan dapatan.

Kompetensi & Hasil Pembelajaran

Peserta berupaya untuk:

  • Merangka persoalan kajian, objektif dan reka bentuk penyelidikan.

  • Mengumpul, menganalisis dan mentafsir data secara beretika.

  • Menulis laporan/kertas kerja mengikut struktur dan standard penulisan.

  • Membentang dapatan serta mencadangkan intervensi penambahbaikan.

Impak kepada Agensi

  • Keputusan dan penambahbaikan kerja lebih tepat berasaskan data.

  • Inovasi proses lebih tersusun dan boleh diukur.