Home » Program Pembangunan Kerjaya & Kepakaran
Ringkasan Program
Program ini menyokong pembangunan penjawat awam secara berstruktur melalui laluan kompetensi dan pengukuhan kepakaran (specialisation) bagi meningkatkan kesiapsiagaan peranan (role readiness) dan pembentukan SME.
Objektif
Menyediakan laluan pembelajaran mengikut tahap dan peranan.
Membina kepakaran fungsional serta keupayaan membimbing pasukan.
Memperkasakan pembangunan bakat dan pelan penggantian organisasi.
Kumpulan Sasaran
Pegawai baharu/pertengahan, penyelia, pegawai berpotensi tinggi, serta pegawai yang disasar sebagai SME.
Kompetensi & Hasil Pembelajaran
Peserta berupaya untuk:
Mengenal pasti laluan kompetensi mengikut peranan dan tahap.
Meningkatkan kemahiran fungsional yang diperlukan oleh jawatan.
Mengaplikasi coaching/mentoring dan knowledge sharing di tempat kerja.
Membina keupayaan penyelesaian isu kerja berdasarkan amalan terbaik.
Impak kepada Agensi
Kesiapsiagaan peranan meningkat dan jurang kompetensi berkurang.
Kepakaran dalaman bertambah dan kesinambungan bakat lebih terancang.