Ringkasan Program
Program ini membangunkan kompetensi pengurusan kewangan sektor awam meliputi perancangan bajet, kawalan perbelanjaan, pemantauan prestasi kewangan serta pematuhan tatacara kewangan.
Objektif
-
Memperkasa keupayaan merancang, mengurus dan memantau peruntukan secara berhemah.
-
Mengukuhkan kawalan kewangan bagi mengurangkan risiko ketidakpatuhan.
-
Meningkatkan kecekapan pengurusan komitmen dan bayaran.
Kumpulan Sasaran
Pegawai yang terlibat dalam penyediaan bajet, pengurusan peruntukan, perolehan/perbelanjaan, dan pemantauan prestasi kewangan.
Kompetensi & Hasil Pembelajaran
Peserta berupaya untuk:
-
Menyediakan perancangan bajet dan unjuran perbelanjaan.
-
Memantau prestasi peruntukan dan membuat tindakan pembetulan.
-
Melaksanakan kawalan dalaman dan semakan dokumen sokongan.
-
Menilai risiko kewangan asas dan memastikan pematuhan prosedur.
Impak kepada Agensi
-
Penggunaan peruntukan lebih optimum dan terkawal.
-
Tadbir urus kewangan lebih kukuh dan telus.