
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera;Tuan/Puan,Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perakaunan Negara (IPN) dengan kerjasama Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA) akan mengadakan satu sesi bual bicara secara siaran langsung iaitu PODCAST AGD : BEYOND NUMBERS “Invisible But Valuable : Memahami Aset Tak Ketara Kerajaan” seperti ketetapan berikut:
| Tarikh | : | 07 Julai 2026 (Selasa) |
| Platform | : | Siaran Langsung (Zoom) |
| Masa | : | 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
3. Sesi ini akan menampilkan barisan panel yang amat berpengalaman dalam bidang pengurusan kewangan dan perakaunan sektor awam :
| Panel 1 | : | Puan Dayang Norsuria @ Melinna binti Salleh (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media Siber, Jabatan Penerangan Malaysia Sabah) |
| Panel 2 | : | Encik Noor Aliff bin Musa (Pengarah Bahagian Hak Cipta, Perbadanan Harta Intelek Malaysia MyIPO) |
| Moderator | : | Puan Sutina binti Mahmod ( Akauntan Kanan Kementerian Komunikasi ) |
4. Program ini terbuka kepada semua. Pendaftaran boleh dibuat melalui imbasan kod QR pada poster di atas. Segala kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasihSekian.