Soalan Lazim
Persoalan anda terjawab?
Persoalan Biasa
Apakah kursus yang ditawarkan di IPN?
Kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPN dibahagikan mengikut Kumpulan Kursus seperti yang berikut :-
Kursus Perakaunan
Generik Perakaunan
Bukan Generik Perakaunan
Kursus Kewangan
Generik Kewangan
Bukan Generik Kewangan
Kursus Pengauditan
Kursus Sistem Maklumat Perakaunan
Kursus Generik Kewangan dan Perakaunan di Zon
Bagaimanakah cara memohon kursus?
Terdapat 2 cara untuk memohon kursus iaitu pertama secara “On line” melalui e-Kursus (e-SPL) dan keduanya dengan menggunakan borang.
Bagi yang memilih menggunakan kaedah manual, borang permohonan boleh diperolehi dengan muat turun melalui Laman Rasmi IPN atau dapatkannya di IPN. Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar kepada ketua jabatan tiga minggu sebelum tarikh kursus bermula.
Siapakah yang boleh memohon kursus dan Latihan di IPN?
Penyertaan terbuka kepada semua penjawat awam pelbagai skim perkhidmatan dan jawatan di peringkat Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Berapakah bayaran yang dikenakan kepada peserta kursus?
Kadar Bayaran Pendaftaran Kursus adalah termasuk makan minum, penginapan dan bahan-bahan kursus. Kadar yang ditetapkan ialah seperti yang berikut :-
|
|
Apakah kemudahan-kemudahan yang terdapat di IPN?
Di antara kemudahan yang terdapat di IPN ialah bilik kuliah, makmal komputer, auditorium, perpustakaan, asrama lelaki dan asrama wanita, surau, gimnasium, gelanggang tenis, padang bola sepak, dewan badminton / sepak takraw dan sebagainya.