Point & Tips Keseronokan Bekerja
Tetapkan niat baharu
Mulakan hari dengan niat bekerja secara tenang, seimbang dan ikhlas sebagai satu bentuk sumbangan, bukan sekadar memenuhi arahan.Ubah sudut pandang (mindset)
Lihat kerja sebagai peluang untuk memberi manfaat. Tanya diri sendiri: “Apa kebaikan yang boleh aku sumbangkan hari ini?”Catat jurnal pencapaian
Rekodkan pencapaian harian atau mingguan bagi mengingatkan diri tentang kemajuan dan meningkatkan keyakinan diri.Raikan kejayaan kecil
Akui dan hargai diri selepas menyiapkan tugasan, walaupun pencapaian itu kecil.Kongsi kejayaan dengan rakan sekerja
Berkongsi pencapaian dapat mengeratkan hubungan dan mewujudkan suasana kerja yang positif.Belajar perkara baharu
Elakkan kebosanan dengan mempelajari kemahiran atau ilmu baharu untuk perkembangan profesional.Hadiahkan diri sendiri
Beri ganjaran kecil seperti rehat seketika atau aktiviti kegemaran selepas mencapai sesuatu sasaran.Dapatkan sokongan bila perlu
Jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan atau khidmat sokongan psikologi jika berasa tertekan.
Keseronokan bekerja bermula daripada sikap positif, penghargaan diri dan persekitaran kerja yang saling menyokong.