Assalamualaikum/Selamat Sejahtera,

Tuan/Puan,

TAKLIMAT PELAN STRATEGIK INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) 2026-2030 KEPADA WARGA IPN

Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk perkara tersebut di atas.

2.       Untuk makluman warga Institut Perakaunan Negara (IPN), Pelan Strategik IPN 2026-2030 telah dimuktamadkan oleh Pengurusan Tertinggi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui Mesyuarat Pengurusan JANM pada 20 Januari 2026.

3.       Bagi memastikan penghayatan serta pembudayaan Pelan Strategik IPN 2026–2030 dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan, satu (1) sesi taklimat kepada warga IPN akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 15 Jun 2026 (Isnin)

          Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
                     (makan tengah hari disediakan)

          Tempat: Auditorium Bernam, IPN

          Agenda:

          10.00 pagi               – Pembukaan & Bacaan Doa
          10.15 pagi               – Ucapan Alu-aluan Pengarah IPN
          10.30 pagi               – Pembentangan oleh Pusat Pembangunan Profesional
          10.45 pagi               – Pembentangan oleh Pusat Akademik & Kompetensi
          11.15 pagi               – Pembentangan oleh Pejabat Pendaftar
          11.45 pagi               – Sesi Soal Jawab
          12.00 tengah hari    – Bersurai

4.       Sehubungan dengan itu, semua warga IPN adalah DIWAJIBKAN untuk hadir ke taklimat ini. Pengesahan kehadiran boleh dibuat melalui pautan Pengesahan Kehadiran Taklimat PS IPN 2026-2030 selewat-lewatnya pada 9 Jun 2026 (Selasa) untuk tindakan penyelarasan urus setia selanjutnya.

5.       Sebarang pertanyaan berhubung taklimat ini boleh dirujuk kepada pegawai berikut:

          Puan Nur Razana binti Abdul Manan
          Ketua Penolong Pengarah
          03-8324 4405 / 017-915 4510
razana.manan@anm.gov.my

          Cik Siti Munirah binti Ab Magid
          Penolong Pengarah Kanan
          03-8324 4409 / 019-554 8362
munirah.magid@anm.gov.my

6.       Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan”

Saya yang menjalankan amanah,

SITI MUNIRAH BINTI AB MAGID C.A.(M)Penolong Pengarah KananUnit Pembangunan Profesional 
Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD)Institut Perakaunan Negara
Jabatan Akauntan Negara MalaysiaT: 03 – 8324 4409 / 019 – 554 8362
E: munirah.magid@anm.gov.my Wwww.anm.gov.my