MPSAS 21 & 26 : PENJEJASAN ASET

Kod Kursus
101221
Tarikh Mula
31/03/2026
Tarikh Tamat
02/04/2026
Jangkaan Tempoh Kursus
2
Tempat Kursus
Institut Perakaunan Negara (IPN) Jalan 2, Sungai Lang 45100 Sabak Bernam Selangor Darul Ehsan
Medium Pembelajaran
Offline
Jumlah Peserta
40
Yuran Kursus
RM 30
Program

PROGRAM PERAKAUNAN

Kursus:
101221 – MPSAS 21 & 26 : PENJEJASAN ASET
Objektif
  • i. Memahami keperluan untuk melaporkan dan mendedahkan penjejasan nilai aset tidak menjana tunai dan penjejasan nilai aset menjana tunai dalam penyata kewangan sektor awam selaras dengan MPSAS 21 dan MPSAS 26.
  • ii. Menaksir sama ada terdapat apa-apa petunjuk bahawa aset tidak menjana tunai dan penjejasan nilai aset menjana tunai mungkin terjejas, dan memastikan kerugian penjejasan nilai diiktiraf.
  • iii. Menilai dan menyemak penilaian aset sebelum mengiktiraf kerugian penjejasan nilai aset tidak menjana tunai dan penjejasan nilai aset menjana tunai
  • iv. Menyatakan keperluan menimbal balik kerugian penjejasan nilai dan menentukan pendedahan.
  • v. Menentukan pengolahan perakaunan bagi penjejasan nilai aset.
Isi Kandungan
  • 1. Pengenalan dan skop MPSAS 21 dan MPSAS 26
  • 2. Definisi dan perbezaan aset tidak menjana tunai dan aset menjana tunai
  • 3. Keperluan dan pelaksanaan penjejasan nilai aset
  • 4. Aset tidak menjana tunai yang perlu dipertimbangkan untuk penjejasan nilai
  • 5. Pengiktirafan kerugian penjejasan nilai aset tidak menjana tunai
  • 6. Aset menjana tunai yang perlu dipertimbangkan untuk penjejasan nilai
  • 7. Pengiktirafan kerugian penjejasan nilai aset menjana tunai
  • 8. Keperluan menimbal balik kerugian penjejasan nilai dan menentukan pendedahan
Kelayakan
  • Pegawai sektor awam terdiri dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan yang berminat mendalami ilmu dalam Perakaunan berkaitan Penjejasan Aset.