TAHNIAH! CALON LULUS PENUH PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.   Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) merakamkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS atas kejayaan calon-calon berikut yang telah LULUS PENUH Program Pengajian dalam Badan Profesional Perakaunan JANM.

ACCA – MIA Special Pathway

Puan Siti Nurul Ain binti Jafri

Akauntan WA9

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan

CIMA – MIA Special Pathway

Puan Siti Khairun Nisa binti Abdul Rahman

Akauntan WA10

Bahagian Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

3.  Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam memperkasa perakaunan sektor awam serta menyumbang secara proaktif kepada jabatan, rakyat dan komuniti dalam tempoh yang penuh mencabar ini dan pada masa akan datang.

4.  Kejayaan ini juga diharap dapat memberi inspirasi kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain untuk turut lulus dengan cemerlang, selain menggalakkan lebih ramai Akauntan Sektor Awam menyertai Program Pengajian dalam Badan Profesional Perakaunan seiring dengan hasrat JANM untuk melahirkan lebih ramai lagi Akauntan bertauliah dalam sektor awam.

5.    Kepada calon yang masih berjuang, jangan pernah berputus asa. Teruskan usaha murni anda! Kejayaan pasti akan tiba.