INFORMASI AKTIVITI-AKTIVITI KELAB AKAN DIKEMASKINI DALAM MASA TERDEKAT.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung KESKIP Bil 1 Tahun 2026 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan adalah dijemput untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Mohon kerjasama Tuan/Puan untuk membuat pengesahan kehadiran ke mesyuarat tersebut, membuat undian awal pencalonan Ahli Jawatankuasa KESKIP Sesi 2026-2028 dan mencadangkan Usul & Cadangan di pautan https://forms.gle/Xk8TNjyuWtZvvVwx5 / QR Code yang disediakan seperti di Lampiran A sebelum atau selewat-lewatnya pada 22 Januari 2026 (Khamis).


Bersama –sama ini dilampirkan notis panggilan beserta aturcara program (Lampiran B), salinanPerlembagaan KESKIP dan Minit Mesyuarat Agung KESKIP Bil 1/2024 untuk makluman dan perhatian tuan/puan. 

 

Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

PENGENALAN KELAB

Kelab Sukan dan Kebajikan IPN (KESKIP) merupakan kelab yang aktif bagi menyatupadukan warga Institut Perakaunan Negara (IPN) dalam menyemai kebersamaan dan saling bantu-membantu dalam semua bidang samada tugasan ataupun kerja-kerja diluar bidang tugasan. 
KESKIP telah menjalankan peranannya seiring dengan keperluan dan kehendak pengurusan dan jawatankuasa yang sentiasa menyediakan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada semua warganya.

KESKIP ditubuhkan sejak tahun 2007 dimana IPN mula ditubuhkan. Ianya bertujuan bagi menyatupadukan semua warga IPN dalam pelbagai peringkat jawatan agar sentiasa dapat memberikan kerjasama dan kesepaduan dalam organisasi IPN. 
Walaupun bilangan pegawai dan staff IPN tidaklah begitu ramai, warganya seramai 110 orang tetap bersatu hati dan sentiasa membantu antara satu sama lain dalam pelbagai urusan.

PRESIDEN

SETIAUSAHA

AHLI JAWATANKUASA (BIRO-BIRO)

JAWATANKUASA SUKAN

JAWATANKUASA AGAMA KEROHANIAN

JAWATANKUASA PROMOSI

TIMBALAN PRESIDEN

BENDAHARI