Home » Program Pembangunan Profesional
Program ini memfokuskan pembangunan profesionalisme dan kompetensi generik yang kritikal dalam perkhidmatan awam seperti kepimpinan, komunikasi, etika, kerja berpasukan dan pengurusan perubahan.
Objektif
-
Memperkasa kemahiran profesional untuk prestasi kerja yang lebih tinggi.
-
Mengukuhkan integriti, nilai dan etika dalam penyampaian perkhidmatan.
-
Meningkatkan keupayaan kepimpinan dan kolaborasi rentas fungsi.
Kumpulan Sasaran
Semua penjawat awam (mengikut tahap), termasuk pegawai pelaksana, penyelia dan pengurusan.
Kompetensi & Hasil Pembelajaran
Peserta berupaya untuk:
-
Berkomunikasi secara profesional dan berkesan dalam tugasan rasmi.
-
Mengaplikasi prinsip etika, integriti dan akauntabiliti.
-
Mengurus kerja berpasukan, konflik dan kolaborasi.
-
Mengurus perubahan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Impak kepada Agensi
-
Produktiviti dan kualiti perkhidmatan meningkat.
-
Budaya kerja lebih profesional, berintegriti dan responsif.