Home » Program Pembangunan Penyelidikan
Program ini membina keupayaan penyelidikan dan penulisan berasaskan bukti (evidence-based) bagi menyokong penambahbaikan dasar, proses dan penyampaian perkhidmatan sektor awam.
Objektif
-
Meningkatkan kemahiran metodologi penyelidikan dan analisis data.
-
Menggalakkan budaya inovasi serta penambahbaikan berterusan.
-
Memperkukuh keupayaan menghasilkan laporan/kertas kerja berkualiti.
Kumpulan Sasaran
Pegawai yang terlibat dalam kajian, penilaian program, inovasi proses, penyediaan kertas cadangan, serta pembentangan dapatan.
Kompetensi & Hasil Pembelajaran
Peserta berupaya untuk:
-
Merangka persoalan kajian, objektif dan reka bentuk penyelidikan.
-
Mengumpul, menganalisis dan mentafsir data secara beretika.
-
Menulis laporan/kertas kerja mengikut struktur dan standard penulisan.
-
Membentang dapatan serta mencadangkan intervensi penambahbaikan.
Impak kepada Agensi
-
Keputusan dan penambahbaikan kerja lebih tepat berasaskan data.
-
Inovasi proses lebih tersusun dan boleh diukur.