Program Perakaunan

Ringkasan Program

Program ini memfokuskan pembangunan kompetensi perakaunan sektor awam merangkumi perekodan transaksi, pelarasan, rekonsiliasi, penyediaan penyata dan semakan pematuhan bagi memastikan pelaporan kewangan yang tepat serta boleh diaudit.

Objektif

  • Meningkatkan kecekapan penyediaan laporan/penyata perakaunan sektor awam.

  • Mengukuhkan amalan kerja yang standard, teratur dan patuh prosedur.

  • Mengurangkan ralat pelaporan melalui semakan dan dokumentasi yang berkualiti.

Kumpulan Sasaran

Pegawai perakaunan/kewangan, penyelia, penyedia laporan, serta pegawai yang terlibat dalam proses closing dan penyediaan penyata.

Kompetensi & Hasil Pembelajaran

Peserta berupaya untuk:

  • Melaksanakan perekodan, pelarasan dan rekonsiliasi dengan betul.

  • Menyediakan laporan/penyata perakaunan mengikut keperluan semasa.

  • Mengamalkan dokumentasi dan semakan (review) bagi tujuan audit readiness.

  • Menerapkan kawalan dalaman asas dalam proses perakaunan.

Impak kepada Agensi

  • Pelaporan lebih tepat dan menepati tempoh masa.

  • Isu teguran audit dan ketidakpatuhan dapat diminimumkan.