THE CHARTERED INSTITUTE OF MANAGEMENT ACCOUNTANTS (CIMA)

Laluan Keahlian Penuh Dalam CIMA
Program keahlian penuh dalam CIMA mempunyai 4 peringkat iaitu Certificate Level, Operation Level, Management Level dan Strategic Level.
Pada Certificate Level, terdapat 4 subjek peperiksaan perlu dilalui calon iaitu :-
1) BA1: Fundamental of Business Economics,
2) BA2: Fundamental of Management Accounting,
3) BA3 : Fundamental of Financial Accounting dan
4) BA4 : Fundamental of Ethics , Corporate Governance and Business Law.
Selepas itu, calon perlu melalui Operational Level dengan mengambil 4 subjek peperiksaan iaitu
1) E1: Organizational Management,
2) P1: Management Accounting,
3) F1: Financial Reporting and Taxation
4) Operational Case Study Exam.
Seterusnya, 4 subjek perlu dilepasi pada Management Level iaitu,
1) E2: Project and Relationship Management,
2) P2 : Advanced Management Accounting,
3) F2: Advance Financial Reporting dan
4) Management Case Study Exam
Peringkat yang terakhir adalah strategic level yang mengandungi 4 subjek peperiksaan iaitu
1) E3: Strategic Management,
2) P3: Risk Management,
3) F3: Fianancial Strategi dan
4) Strategic Case Study Exam.
CIMA telah menawarkan program CIMA-MIA Strategic Programmes dengan kerjasama MIA dan calon yang mengambil program ini hanya perlu melepasi 1 subjek peperiksaan iaitu Strategic Case Study Exam dan mendapat pengecualian penuh bagi subjek peperiksaan pada certificate level, operation level dan management level.
Tawaran Program CIMA oleh IPNCPD
IPNCPD menawarkan program CIMA – MIA Special Pathway.
Syarat-syarat kemasukan bagi program ini adalah bagi Akauntan lantikan JANM, merupakan Ahli Penuh MIA serta mempunyai pengalaman kerja melebihi 10 tahun.
Tawaran Program CIMA oleh IPNCPD
Calon yang berjaya lulus 1 (satu) subjek peperiksaan iaitu Strategic Case Study layak menerima gelaran sebagai Associate Chartered Management Accountant (ACMA) dan Chartered Global Management Accountant (CGMA).
Proses ini mengambil masa antara 2 hingga 6 bulan setelah lulus peperiksaan. Tempoh ini adalah singkat kerana JANM telah mendapat pengikhtirafan sebagai Exclusive Enrichment Partner.
Program CIMA-MIA Strategic Programmes : Strategic Leaders
Tahun | Tahun Pertama | ||
Subjek Peperiksaan | Strategic Case Study | ||
Mod Pembelajaran (Pilihan) | Bersemuka | Kursus Persediaan Peperiksaan | 48 Jam |
Bengkel Sokongan *IRC | 24 Jam | ||
Live Online Learning | 17.5 Jam & Mock Exam |
Tahun | Tahun Pertama |
Membership Application Fee | £190.00 |
Registration Fee | £2,990.00 |
Subscription Fee | |
Exemption Fee | |
Exam Fee | |
Anggaran Jumlah Kos Program Bagi Seorang Calon Adalah £3,180.00 |