Pusat Pembangunan Profesional (Centre for Profesional Development) Institut Perakaunan Negara, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (IPNCPD) di Cyberjaya ditubuhkan bagi menjadikan IPN sebagai hub Pembangunan Akauntan Profesional di negara ini. Ianya turut berfungsi sebagai pusat Penyelidikan Perakaunan dan Kewangan Sektor Awam serta tonggak pembangunan profesion perakaunan yang mampan. Pusat ini yang diwujudkan pada tahun 2014 akan terus dibangunkan sebagai pusat kecemerlangan IPN khususnya dan JANM amnya.
IPNCPD dibahagikan kepada dua unit teras yang menyokong aktiviti-aktivitinya.
- Unit Pembangunan Profesional
- Unit Pembangunan Penyelidikan
Puan Suhana binti Mat Nawi
Timbalan Pengarah IPN