Pembangunan Profesional

LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN PROFESIONAL.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui IPNCPD, Cyberjaya menawarkan tajaan bagi membiayai program – program keahlian dalam badan-badan profesional perakaunan yang diiktiraf oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA) berdasarkan kepada Akta Akauntan 1967.

Polisi pembiayaan yang telah dirumus khas membuka ruang dan peluang yang meluas kepada perkhidmatan akauntan sektor awam lantikan JANM mendapatkan kelayakan profesional perakaunan dengan mengikuti program-program profesional yang dikendalikan oleh IPNCPD.

Polisi pembiayaan yang telah dibentuk adalah komitmen jelas JANM dalam melakukan inovasi bagi melahirkan Akauntan Sektor Awam yang berprestasi tinggi dan profesional sekaligus menyumbang kepada pembangunan profesion perakaunan sektor awam secara menyeluruh.

IPNCPD menyediakan platformnya dengan menawarkan kursus persediaan peperiksaan yang mengadaptasi daripada mod pembelajaran yang fleksibel dan menarik, sama ada secara bersemuka (face to face class) atau secara dalam talian (live online learning).

Mod pembelajaran ini memberikan akses dan peluang kepada semua akauntan lantikan JANM untuk mengikuti program-program profesional yang diminati tanpa halangan dan batasan geografi.

Selain itu, IPNCPD dengan kerjasama kukuh rakan strategik ACCA, CIMA, CPA Australia dan MICPA serta Approved Tuition Provider turut menyediakan bengkel sokongan seperti Exam Technique Workshop, Intensive Review Class dan lain-lain bagi memastikan calon cukup bersedia menghadapi peperiksaan.

Dalam usaha meningkatkan profesionalisme dalam kalangan Akauntan lantikan JANM serta memiliki keupayaan individu berprestasi,  pelbagai program dan kursus telah dirangka dan dilaksanakan IPNCPD di bawah Program Continuing Professional Development (CPD). Program CPD meliputi pembelajaran secara kursus pendek (IPN CPD Series), sesi kepimpinan bersama tokoh awam / korporat (IPN Leadership Series) dan pensijilan mikro (IPN Certification Series). Rangka program yang dibangunkan adalah berdasarkan International Education Standard (IES) oleh International Federation of Accountants (IFAC) dengan berfokuskan kepada tiga (3) kemahiran iaitu kompetensi teknikal (IES 1), kemahiran profesional seperti intelek, komunikasi interpersonal, keperibadian serta kemahiran organisasi (IES 3), dan nilai, etika dan sikap profesional (IES 4). 

IPNCPD akan meneruskan jalinan kerjasama erat dengan rakan-rakan strategik dalam memastikan pelaksanaan program profesional dan program CPD yang dilaksanakan adalah relevan dengan keperluan semasa dan diiktiraf oleh badan-badan profesional perakaunan.

KOLABORASI STRATEGIK PROGRAM PROFESIONAL

Klik Logo untuk keterangan lanjut
Scroll to Top