Info IPN CPD
Pusat Pembangunan Profesional (Centre for Profesional Development) Institut Perakaunan Negara, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (IPNCPD) di Cyberjaya ditubuhkan bagi menjadikan IPN sebagai hub Pembangunan Akauntan Profesional di negara ini.
Ianya turut berfungsi sebagai pusat Penyelidikan Perakaunan dan Kewangan Sektor Awam serta tonggak pembangunan profesion perakaunan yang mampan. Pusat ini yang diwujudkan pada tahun 2014 akan terus dibangunkan sebagai pusat kecemerlangan IPN khususnya dan JANM amnya.
IPNCPD dibahagikan kepada dua unit teras yang menyokong aktiviti-aktivitinya.
- Unit Pembangunan Profesional
- Unit Pembangunan Penyelidikan
Puan Suhana binti Mat Nawi
Timbalan Pengarah
Pusat Pembangunan Profesional
Pembangunan Profesional
1
Merangka pelan perkongsian strategik dengan Badan – badan profesional, institusi pendidikan tinggi swasta /awam sama ada dari dalam dan luar negara dalam bidang latihan dan pendidikan.
2
Mewujudkan hubungan antarabangsa dalam perkongsian ilmu dan maklumat perakaunan sektor awam melalui pertukaran pegawai, melalui forum, perbincangan meja bulat, menghadiri persidangan dan sebagainya.
3
Merekabentuk dan melaksana Program Continuing Professional Development (CPD)
4
Melaksanakan program profesional bersama ACCA, CIMA, MICPA, CPA Australia dan lain-lain.
Pembangunan Penyelidikan
1
Merangka dan menilai keberkesanan Pelan Strategik IPN.
2
Menyediakan pelan dan skop penyelidikan perakaunan sektor awam.
3
Mengkaji keperluan dan keberkesanan latihan dan pendidikan perakaunan.
4
Menerbitkan makalah ilmiah (jurnal dan monograf) bagi menjadikan IPN dan JANM sebagai Pusat Rujukan Pembangunan dan Amalam Perakaunan Sektor Awam.
5
Menganjurkan Seminar/Forum berkaitan Penyelidikan Perakaunan dan Kewangan Sektor Awam.
6
Merekabentuk dan melaksana Pelan Pengurusan Kualiti IPN MS ISO 9001:2015.
Pengitirafan & Anugerah

ACCA (The Association Of Chartered Certified Accountants)
“ACCA Approved Employer – Trainee Development, Gold” by ACCA

CIMA (The Chartered Institute Of Management Accountants)
“Exclusive Enrichment Partner by CGMA”

CPA AUSTRALIA (The Certified Practising Accountants Australia)
“Recognised Employer Partner by CPA Australia”

MICPA (The Malaysian Institute Of Certified Public Accountants)
“Stream II Approved Training Organisation by MICPA”

Certification : MS ISO 9001:2015 “Quality Management System”
MS ISO 9001:2015 Scope of Activities : Pengurusan dan Pengendalian Kursus Anjuran Institut Perakaunan Negara Reg. No. : MAS 101246
KERJASAMA STRATEGIK PROFESIONAL









