YBrs. Dr/ Tuan/ Puan,

TAWARAN MENYERTAI PROGRAM SIJIL PENTAULIAHAN PIAWAIAN PERAKAUNAN SEKTOR AWAM MALAYSIA (MPSAS), JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) BAGI TAHUN 2025

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa JANM telah memperkenalkan Program Sijil Pentauliahan MPSAS sejak Tahun 2022 bagi mengiktiraf tahap kompetensi pegawai dalam mengaplikasi pengetahuan perakaunan dan kepakaran berkaitan proses kerja, peraturan dan sumber, keupayaan membuat keputusan dan pengurusan masa. Pegawai -pegawai yang lulus dalam program ini akan mendapat sijil pentauliahan ini dan mendapat pengiktirafan gelaran ‘Certified MPSAS Practitioner’ atau CMP(JANM) daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Oleh yang demikian, JANM akan menganjurkan Program Sijil Pentauliahan MPSAS sekali lagi pada tahun ini seperti ketetapan yang berikut:-

Bil.Nama Program Tarikh ProgramTarikh Tutup Permohonan
1Program Sijil Pentauliahan MPSAS08 hingga 12 September 202525 Ogos 2025

3. Untuk makluman tuan/puan, tawaran ini dibuka khas kepada pegawai perakauan daripada Bahagian Akaun (BA) Kementerian dan Pejabat Perakaunan (AO) Negeri selaras dengan makluman Akauntan Negara Malaysia dalam mesyuarat ppsm Bil 3/2024 iaitu sekurang-kurangnya setiap BA dan AO mempunyai dua (2) orang pegawai yang lulus dalam program untuk membantu PTJ-PTJ di bawah seliaan masing – masing

4. Pegawai-pegawai dijemput untuk menyertai program pensijilan ini bagi sesi tahun 2025. Borang permohonan seperti di Lampiran B yang lengkap perlu dikemukakan ke email nandakumar.mohan@anm.gov.my sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.

5. Untuk maklumat lanjut tuan/puan boleh merujuk kepada Lampiran A atau layari portal www.anm.gov.my atau www.ipn.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi pegawai kami seperti berikut:

Bil.Nama PegawaiTelefonEmel
1Nor Zahirine Binti Abd Rahman03-32172015  zahirine.rahman@anm.gov.my
2Ahmad Nur Fairuz Bin Mashod03-32172105ahmadnurfairuz@anm.gov.my
3Nandakumar A/L Sandra Mohan03-32172117nandakumar.mohan@anm.gov.my

6. Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.