Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD), Institut Perakaunan Negara dengan kerjasama MICPA telah mengadakan 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗠𝗜𝗖𝗣𝗔 𝗦𝗽𝗲𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗣𝗮𝘁𝗵𝘄𝗮𝘆 𝗳𝗼𝗿 𝗠𝗜𝗔 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝘀 bagi Akauntan Gred WA52 dan ke atas yang berminat untuk menyertainya pada 26 Jun 2024 secara dalam talian.

Taklimat ini dimulakan dengan Kata Aluan oleh Timbalan Pengarah IPNCPD, Puan Suhana Binti Mat Nawi. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada pegawai berkaitan program keahlian di bawah MICPA Special Pathway for MIA Members. Penerangan berkenaan panduan dalam mengisi borang pendaftaran dan keperluan dokumen sokongan berkaitan telah disampaikan oleh Ms Jennifer Wan yang merupakan Head of Membership and Student Services, MICPA.

Dengan penyertaan bagi program keahlian MICPA Special Pathway for MIA Members ini diharapkan dapat meningkatkan bilangan akauntan JANM yang mempunyai keahlian penuh badan profesional perakaunan.