MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SESI PENYERAHAN SURAT TAWARAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN SESI JANUARI JUN 2025 & SIJIL PENGHARGAAN
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI (CREATE)
MESYUARAT PENGURUSAN JANM @ IPN
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) JUN 2024
TAKLIMAT PROGRAM MICPA SPECIAL PATHWAY FOR MIA MEMBERS
LAWATAN PENANDAARASAN OLEH INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ (TISSA-UUM) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KUNJUNGAN HORMAT PIPN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA MEI 2024
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA 2024

SESI TAKLIMAT BERSAMA CALON BAHARU PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN SESI JANUARI JUN 2023 PADA 17 JANUARI 2023

Sebanyak 5 sesi telah dilaksanakan pada 17 Januari 2023, melibatkan sesi bersama badan professional CIMA, KAPLAN, calon lulus penuh CIMA dan IPNCPD. Sesi bersama badan profesional CIMA telah disampaikan oleh Puan Saritha dan Puan Naidatul.

IPNCPD mengambil peluang memanggil calon lulus penuh CIMA Tahun 2021 iaitu Puan Nazlina binti Sabudin dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Melaka. Sesi ini bertujuan untuk calon lulus penuh berkongsi tips dan resepi kejayaan bersama 11 calon baharu CIMA.

Sesi ketiga adalah sesi bersama tenaga pengajar dalam talian iaitu KAPLAN yang disampaikan oleh Puan Zaiti. Sesi ini memberi kesempatan sekiranya terdapat calon baharu yang ingin memilih pembelajaran secara dalam talian.

Sesi seterusnya merupakan sesi taklimat oleh IPNCPD. Dr D Joyce Christina Dharmaraj, Timbalan Pengarah IPNCPD turut berkesempatan memberi sedikit ucapan dan kata aluan kepada calon baharu. Sesi taklimat berkaitan Struktur Program Profesional telah disampaikan oleh Puan Shazlina binti Musa dan taklimat berkaitan Polisi Penajaan dan Kontrak telah disampaikan oleh Puan Nur Razana binti Abdul Manan, Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Profesional, IPNCPD.

Scroll to Top