MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SESI PENYERAHAN SURAT TAWARAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN SESI JANUARI JUN 2025 & SIJIL PENGHARGAAN
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI (CREATE)
MESYUARAT PENGURUSAN JANM @ IPN
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) JUN 2024
TAKLIMAT PROGRAM MICPA SPECIAL PATHWAY FOR MIA MEMBERS
LAWATAN PENANDAARASAN OLEH INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ (TISSA-UUM) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KUNJUNGAN HORMAT PIPN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA MEI 2024
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA 2024

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI JABATAN/AGENSI KERAJAAN DAERAH SABAK BERNAM 2019

Pada 13 Jun 2019 yang lalu bersempena dengan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan/Agensi Kerajaan Daerah Sabak Bernam, IPN telah membuka gerai Aidilfitri yang menyajikan juadah bubur beraneka jenis. Terima kasih diucapkan kepada hampir 200 pengunjung yang telah sudi untuk singgah ke gerai IPN bagi merasai kenikmatan bubur yang dibawa khas dari Sungai Lang Sabak Bernam.

Program ini yang telah diadakan di perkarangan tempat letak kenderaan di Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam yang terletak di Sungai Besar. Acara bermula dari jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Pelbagai juadah aidilfitri disajikan oleh lebih daripada 25 gerai terdiri daripada agensi kerajaan di sekitar Sabak Bernam. Juadah seperti kambing golek, sate, dan ketupat dan lemang sudah tentu menjadi tumpuan kepada para pengunjung. Bagi menghangatkan lagi sambutan beberapa acara telah diadakan antaranya pertandingan gerai tercantik,pertandingan pakaian terbaik, persembahan muzik daripada kumpulan buskers dan pelbagai acara lagi.

Melalui acara seperti ini akan dapat merapatkan lagi hubungan ukhwah di antara agensi kerajaan di Sabak Bernam di samping menyantuni orang ramai terutama penduduk daerah Sabak Bernam.

Scroll to Top