MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SESI PENYERAHAN SURAT TAWARAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN SESI JANUARI JUN 2025 & SIJIL PENGHARGAAN
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI (CREATE)
MESYUARAT PENGURUSAN JANM @ IPN
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) JUN 2024
TAKLIMAT PROGRAM MICPA SPECIAL PATHWAY FOR MIA MEMBERS
LAWATAN PENANDAARASAN OLEH INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ (TISSA-UUM) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KUNJUNGAN HORMAT PIPN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA MEI 2024
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA 2024

PEMBENTANGAN SECARA ATAS TALIAN OLEH CHARTERED INSTITUTE OF PUBLIC FINANCE & ACCOUNTANCY (CIPFA)

Satu sesi pembentangan secara atas talian oleh Chartered Institute of Public Finance & Accountancy (CIPFA) berkenaan ‘CIPFA’s Financial Management Model’ telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat TAN (O) pada 24 November 2023 secara hibrid. Sesi yang berlangsung selama dua jam ini telah dipengerusikan oleh Puan Noorlida biti Mohd Khalid, Timbalan Akauntan Negara (Operasi) dan dihadiri oleh Pengarah-pengarah Bahagian JANM dan Ketua-ketua Akauntan Kementerian.

3 orang pembentang dari CIPFA yang terlibat adalah Ms. Lindie Engelbrecht (Director of Education & Membership CIPFA), Mr. Khalid Hamid (International Director CIPFA) dan Mr. Chris O’Neill (Senior Manager, Commercial Growth CIPFA). Para pembentang telah membentangkan berkenaan model pengurusan kewangan yang telah direkabentuk oleh CIPFA dalam membantu organisasi merancang dan mengendalikan kewangan secara yang lebih efektif. Selain itu, CIPFA turut berkongsi program perisian yang telah dibangunkan dalam membuat penilaian tahap pengurusan kewangan sesebuah organisasi serta khidmat nasihat yang dapat ditawarkan CIPFA dalam memperbaiki kelemahan, hasil penemuan penilaian yang telah dijalankan.

IPNCPD ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi JANM atas sokongan yang diberikan dalam pelaksanaan sesi pembentangan ini serta kepada semua Pengarah Bahagian dan Ketua Akauntan yang telah menyertai sesi ini.

Scroll to Top