Telah berlangsungnya Mesyuarat Pengurusan Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Bilangan 8 Tahun 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Jentayu, Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam, Selangor pada 22 Ogos 2024.
Mesyuarat yang diadakan secara berkala ini turut membincangkan status tugas semasa dan sebarang isu berbangkit melibatkan Bahagian di bawah JANM.
Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Nor Yati binti Ahmad, Akauntan Negara Malaysia dan turut disertai oleh YBrs. Puan Noorlida binti Mohd Khalid, Timbalan Akauntan Negara (Operasi) dan YBrs. Puan Zainani binti Jusoh, Timbalan Akauntan Negara (Korporat) serta dihadiri Pengarah – Pengarah Bahagian di JANM.
Pada sebelah petang di Auditorium Sekendi, Pengurusan Tertinggi JANM turut berkesempatan mengadakan perjumpaan bersama warga IPN dan telah diadakan juga sesi soal jawab di antara kedua belah pihak.
