MAJLIS TAKLIMAT & AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN PUSAT PEMBANGUNAN PROFESIONAL (IPNCPD) JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SESI JANUARI - JUN 2021
Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD), Institut Perakaunan Negara Cyberjaya telah mengadakan Majlis Taklimat Dan Amanat Akauntan Negara Malaysia bagi Calon Baharu Program Pengajian Badan Profesional Perakaunan Sesi Januari – Jun 2021 pada 12 hingga 14 Januari 2020.
Program diadakan sebanyak 8 sesi, melibatkan badan-badan profesional, penyedia perkhidmatan dan calon lulus penuh JANM.
Sesi ini diadakan bagi menyediakan platform untuk mendedahkan calon dengan struktur program serta bagi mewujudkan jaringan hubungan antara calon-calon, pengurusan JANM dan Badan Profesional Perakaunan. Seramai 79 orang calon baharu termasuk Akauntan Sektor Awam Bukan Lantikan JANMa kan menyertai progam ini bagi Sesi Januari-Jun 2021.