MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN IPN JANUARI 2024
Sabak Bernam, 23 Januari 2024 – Tema “Fasiliti Kondusif, Warga Proaktif” telah dipilih oleh Unit Pengurusan Kompleks dan Fasiliti selaku penganjur Majlis Perhimpunan Bulanan Institut Perakaunan Negara yang diadakan secara hibrid di Dewan Seri Buana.
Antara pengisian majlis perhimpunan bulanan kali ini adalah amanat Pengarah IPN, YBrs. Dr Ahmad Shukri bin Abdul Gani yang telah menyampaikan Naratif 2024 iaitu halatuju dan perancangan strategik institusi di dalam membawa aspirasi jabatan untuk terus unggul dan berdaya saing.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah kepada warga IPN untuk Sosial Media (Like Terbanyak) dan juga Amalan Pembudayaan Membaca di kalangan warga (Pengunjung Perpustakaan Bertuah).
KelaB Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KESKIP) juga mengambil peluang untuk meraikan warga dengan penyampaian sumbangan kebajikan iaitu :
● Bantuan Wad Hospital
● Kecemerlangan Peperiksaan
● Menimang Cahaya Mata Baharu