MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SESI PENYERAHAN SURAT TAWARAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN SESI JANUARI JUN 2025 & SIJIL PENGHARGAAN
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI (CREATE)
MESYUARAT PENGURUSAN JANM @ IPN
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) JUN 2024
TAKLIMAT PROGRAM MICPA SPECIAL PATHWAY FOR MIA MEMBERS
LAWATAN PENANDAARASAN OLEH INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ (TISSA-UUM) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KUNJUNGAN HORMAT PIPN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA MEI 2024
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA 2024

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA BAGI BULAN SEPTEMBER 2020

Unit Pengurusan Kompleks (UPK) sekali lagi diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan IPN pada 3 September 2020 bertempat di Dewan Seri Bayan.

Antara pengisian pada kali ini ialah amanat dari Pengarah Institut Perakaunan Negara, Encik Burhanudin bin Mohd Noor yang mengingatkan kepada semua warga IPN untuk terus komited memastikan sasaran Petunjuk Prestasi Utama tercapai di samping menyemai benih perubahan ke arah yang lebih baik selari dengan hasrat Pengurusan Tertinggi yang mahukan setiap penjawat awam berjiwa dinamik dalam melaksanakan kewajipan yang diamanahkan. Beliau juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada warga IPN yang terpilih untuk menjadi sukarelawan Pusat Kuarantin di sini bermula pada April 2020 hingga Mei 2020.

Selain itu, IPN turut menerima beberapa warga baharu yang terdiri daripada pelbagai skim dan jawatan di samping hebahan informasi terkini aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan pada Ogos dan September.

Di samping itu, Cik Suhailah binti Sadaka Dullah dari Pusat Pembangunan Profesional IPN turut berkongsi ilmu mengenai kesedaran kesihatan mental di dalam masyarakat serta Encik Mohd Rizal bin Ahmad Hariri dari Program Tenaga Pengajar IPN yang membicarakan potensi diri pada setiap manusia.

Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini turut dihangatkan lagi dengan sesi penyerahan Jalur Gemilang bersempena Sambutan Kemerdekaan 2020 serta bacaan ikrar Rukun Negara dan nyanyian lagu keramat malar segar Malaysia iaitu Tanggal 31, Warisan dan Jalur Gemilang.

Scroll to Top