MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SESI PENYERAHAN SURAT TAWARAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN SESI JANUARI JUN 2025 & SIJIL PENGHARGAAN
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI (CREATE)
MESYUARAT PENGURUSAN JANM @ IPN
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) JUN 2024
TAKLIMAT PROGRAM MICPA SPECIAL PATHWAY FOR MIA MEMBERS
LAWATAN PENANDAARASAN OLEH INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ (TISSA-UUM) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KUNJUNGAN HORMAT PIPN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA MEI 2024
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA 2024

MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Majlis Amanat Akauntan Negara Malaysia telah diadakan pada 22 Januari 2024 di IPNCPD, Cyberjaya yang telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Nor Yati Ahmad.
 
Majlis ini bertujuan untuk memberi kesempatan kepada 19 calon baharu Program Pengajian Dalam Badan Profesional Sesi Januari – Jun 2024 untuk mendengar amanat daripada Akauntan Negara Malaysia di samping memberi penghargaan kepada 11 calon lulus penuh Program Profesional Tahun 2023.
 
Turut diraikan 17 pegawai yang telah meraih kejayaan mendapat kelayakan pensijilan profesional menerusi MICPA Special Pathway for MIA Members.
Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran YBrs. Puan Noorlida Mohd Khalid, Timbalan Akauntan Negara (Operasi) dan YBrs. Puan Zainani Jusoh, Timbalan Akauntan Negara (Korporat). Kehadiran Pengarah-pengarah Bahagian, tenaga pengajar Universiti Teknologi MARA, Noesis Exed, TYMBA Education dan KAPLAN, juga badan profesional ACCA, CIMA, CPA Australia dan MICPA turut menyemarakkan lagi semangat calon baharu program profesional.
 
Semoga kejayaan calon lulus penuh dapat meningkatkan semangat dan menjadi inspirasi kepada calon-calon baharu untuk turut serta lulus dengan cemerlang dalam Program Pengajian Badan Profesional Perakaunan ini.
 
Majlis ini juga diharap dapat menyimpulkan ikatan yang lebih utuh serta mengukuhkan kerjasama strategik Jabatan Akauntan Negara Malaysia(JANM) bersama tenaga pengajar dan badan profesional. Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan kerjasama strategik ini dalam membantu usaha JANM membangunkan kompetensi di kalangan Akauntan, seterusnya memantapkan profesion perakaunan sektor awam negara.
 
IPNCPD turut ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi dan Pengarah-pengarah Bahagian yang turut hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Amanat kali ini.
Scroll to Top