MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SESI PENYERAHAN SURAT TAWARAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN SESI JANUARI JUN 2025 & SIJIL PENGHARGAAN
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI (CREATE)
MESYUARAT PENGURUSAN JANM @ IPN
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) JUN 2024
TAKLIMAT PROGRAM MICPA SPECIAL PATHWAY FOR MIA MEMBERS
LAWATAN PENANDAARASAN OLEH INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ (TISSA-UUM) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KUNJUNGAN HORMAT PIPN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA MEI 2024
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA 2024

MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SESI PENYERAHAN SURAT TAWARAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN SESI JANUARI JUN 2025 & SIJIL PENGHARGAAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Amanat Akauntan Negara Malaysia telah diadakan pada 21 Januari 2025 bertempat di IPNCPD Cyberjaya. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Nor Yati Ahmad, Akauntan Negara Malaysia.

Majlis ini bertujuan untuk memberi kesempatan kepada 11 calon baharu Program Pengajian Dalam Badan Profesional Sesi Januari – Jun 2025 untuk mendengar amanat daripada Akauntan Negara Malaysia disamping memberi penghargaan kepada 14 calon lulus penuh Program Profesional Tahun 2024. Turut diraikan 22 pegawai yang telah meraih kejayaan mendapat kelayakan pensijilan profesional menerusi MICPA Special Pathway for MIA Members. Dikesempatan ini juga, turut berpeluang untuk meraikan 19 Penolong Akauntan yang telah berjaya memperolehi Pensijilan ACCA Certificate In Public Sector Accounting Standards (Cert IPSAS) tahun 2024.

Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran YBrs. Puan Noorlida binti Mohd Khalid, Timbalan Akauntan Negara (Operasi) dan YBrs. Puan Zainani Jusoh, Timbalan Akauntan Negara (Korporat). Kehadiran Pengarah-pengarah Bahagian, tenaga pengajar Universiti Teknologi MARA, Noesis Exed, TYMBA Education juga badan profesional ACCA, CIMA, CPA Australia dan MICPA turut menyemarakkan lagi semangat calon baharu program profesional.

Semoga kejayaan calon lulus penuh dapat meningkatkan semangat dan menjadi inspirasi kepada calon-calon baharu untuk turut serta lulus dengan cemerlang dalam Program Pengajian Badan Profesional Perakaunan ini.
Majlis ini juga diharap dapat menyimpulkan ikatan yang lebih utuh serta mengukuhkan kerjasama strategik Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) bersama tenaga pengajar dan badan profesional. Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan kerjasama strategik ini dalam membantu usaha JANM membangunkan kompetensi di kalangan Akauntan, seterusnya memantapkan profesion Akauntan Sektor Awam negara.

IPNCPD merakamkan ucapan terima kasih kepada YBrs. Puan Nor Yati Ahmad, Pengurusan Tertinggi JANM dan Pengarah-pengarah Bahagian, Badan Profesional, Tenaga Pengajar dan pegawai- pegawai penerima surat tawaran dan sijil penghargaan serta semua yang turut hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Amanat kali ini.

Scroll to Top