MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SESI PENYERAHAN SURAT TAWARAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN SESI JANUARI JUN 2025 & SIJIL PENGHARGAAN
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI (CREATE)
MESYUARAT PENGURUSAN JANM @ IPN
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) JUN 2024
TAKLIMAT PROGRAM MICPA SPECIAL PATHWAY FOR MIA MEMBERS
LAWATAN PENANDAARASAN OLEH INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ (TISSA-UUM) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KUNJUNGAN HORMAT PIPN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA MEI 2024
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA 2024

LAWATAN TEAM IPN DIGITAL STUDIO KE RTM

Seramai 16 ahli team ipn digital studio telah mengadakan lawatan ke Studio Berita Radio Televisyen Malaysia, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 3 September2019. Lawatan ini telah diketuai oleh Encik Shaharul Hisham bin Mat Nafi, Ketua Program Sistem Maklumat Perakaunan IPN bertujuan untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan berkaitan proses rakaman audio dan video serta teknik-teknik suntingan video untuk dijadikan sebagai kandungan di dalam portal Learning Managemant System (LMS) IPN.

Selain daripada itu juga lawatan ini sangat penting untuk mendapatkan idea bagi pembangunan sebuah studio mini di IPN yang dijangka akan direalisasikan pada tahun hadapan. Ianya sejajar dengan pelan tindakan pembangunan digital learning yang akan dilaksanakan di ipn tidak lama lagi. Lawatan ini telah dikendalikan oleh pegawai RTM Encik Yusoff. Beliau telah membawa rombongan IPN melawat ke sekitar bilik berita, studio-studio dan bilik rakaman serta bilik audio video bagi siaran di television di RTM. Warga kerja IPN yang berpeluang mengikuti lawatan ini juga telah diberi penerangan yang jelas berkenaan dengan operasi yang dijalankan di tempat-tempat yang dilawati. Mereka juga berpeluang merasai pengalaman berada di set studio berita RTM dan juga set Selamat Pagi Malaysia.

Peluang yang julung-julung kali dirasai oleh sebahagian warga IPN ini memberikan satu pengalaman baharu kepada mereka. Semoga hasrat Ipn untuk membangunkan studio mini di IPN akan menjadi kenyataan bagi memberikan kepelbagaian kepada peserta-peserta untuk merasai pengalaman berkursus yang lebih menarik di IPN pada masa hadapan.

Scroll to Top