MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SESI PENYERAHAN SURAT TAWARAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN SESI JANUARI JUN 2025 & SIJIL PENGHARGAAN
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI (CREATE)
MESYUARAT PENGURUSAN JANM @ IPN
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) JUN 2024
TAKLIMAT PROGRAM MICPA SPECIAL PATHWAY FOR MIA MEMBERS
LAWATAN PENANDAARASAN OLEH INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ (TISSA-UUM) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KUNJUNGAN HORMAT PIPN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA MEI 2024
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA 2024

LAWATAN TAN K KE IPN

Timbalan Akauntan Negara Korporat (TAN K), Tuan Haji Rozaimi bin Idris telah melakukan lawatan kerja ke Institut Perakaunan Negara pada 28 Mac 2022. Beliau telah diiringi oleh Tuan Haji Zaharin bin Othman Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP). Ini merupakan lawatan sulung beliau ke IPN selepas dilantik menjawat jawatan sebagai Timbalan Akauntan Negara Korporat.

Dalam lawatan ini beliau telah dibawa melawat ke Studio Audio Visual yang baharu sahaja disiapkan dan Smart Class Room yang terletak di Blok A. Beliau telah diberi penerangan oleh pegawai-pegawai IPN yang diketuai oleh Puan Hawariah binti Idris, Pengarah IPN. Dua kemudahan terbaharu IPN ini merupakan inisiatif pengurusan IPN bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan penyediaan latihan di institut ini. Selepas itu beliau telah dibawa melawat ke sekitar kawasan IPN bagi meninjau projek-projek pembangunan dan penyelenggaran yang sedang berjalan.

Pada sesi petang beliau telah mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan IPN. Dalam pertemuan tersebut beliau telah diberi taklimat berkaitan dengan operasi IPN oleh Dr. Ahmad Shukri bin Abdul Gani. Dalam sesi ini juga beliau telah sempat mengadakan perbincangan bersama pegawai-pegawai kanan IPN mengenai pengurusan IPN termasuk dari segi pengoperasian, sumber manusia dan pembangunan latihan. Program lawatan ini adalah penting bagi beliau untuk meninjau pengurusan IPN memandangkan beliau baharu saja dilantik sebagai TAN K.

Scroll to Top