MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SESI PENYERAHAN SURAT TAWARAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN SESI JANUARI JUN 2025 & SIJIL PENGHARGAAN
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI (CREATE)
MESYUARAT PENGURUSAN JANM @ IPN
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) JUN 2024
TAKLIMAT PROGRAM MICPA SPECIAL PATHWAY FOR MIA MEMBERS
LAWATAN PENANDAARASAN OLEH INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ (TISSA-UUM) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KUNJUNGAN HORMAT PIPN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA MEI 2024
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA 2024

LAWATAN PENGARAH IPN KE BALAI CERAP SELANGOR

Pada 10 Februari 2022 Puan Hawariah binti Idris, Pengarah IPN telah melakukan lawatan ke Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam. Beliau turut diiringi oleh seramai lapan orang pegawai kanan IPN. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan dia antara kedua-dua agensi selain membincangkan kerjasama yang boleh diterokai oleh kedua-dua pihak pada masa hadapan.

Dalam sesi lawatan tersebut delegasi IPN telah disambut oleh Encik Norameen bin Burhanuddin Ketua Balai Cerap Selangor, dan seterusnya diberi penerangan mengenai fungsi agensi ini. Penerangan mengenai penentuan arah kiblat, penentuan waktu solat, penentuan awal bulan Islam juga turut diselitkan bagi pemahaman para pelawat.Seterusnya semua pelawat dibawa untuk meninjau peralatan yang ada di balai ini seperti sistem teleskop robotik dan sistem kubah cerapan.

Semoga lawatan ini dapat membuka peluang yang lebih luas kepada kedua-dua pihak untuk bekerjasama dalam pembangunan latihan sektor awam dan bidang-bidang yang lain di samping dapat mengeratkan hubungan.

Scroll to Top