MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SESI PENYERAHAN SURAT TAWARAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN SESI JANUARI JUN 2025 & SIJIL PENGHARGAAN
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI (CREATE)
MESYUARAT PENGURUSAN JANM @ IPN
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) JUN 2024
TAKLIMAT PROGRAM MICPA SPECIAL PATHWAY FOR MIA MEMBERS
LAWATAN PENANDAARASAN OLEH INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ (TISSA-UUM) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KUNJUNGAN HORMAT PIPN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA MEI 2024
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA 2024

LAWATAN PENANDARASAN KE IAB

Pada 3 Februari 2020 yang lalu, Puan Nuradilah binti Abdul Rahman, Pendaftar IPN bersama-sama sembilan pegawai Pejabat Pendaftar telah melakukan lawatan penandaarasan Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Lawatan ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat mengenai pengurusan penyediaan makanan bermasak dan melawat kemudahan-kemudahan berkaitan yang terdapat di sana.

Rombongan IPN telah disambut oleh Encik Mazli Hasril bin Hasarudin, Pegawai Penyelaras Program IAB. Beliau telah berkongsi maklumat tentang pengurusan penyediaan makanan bermasak yang diamalkan di IAB. Beliau juga telah sudi membawa robongan IPN melawat sekitar kawasan kampus terutama melibatkan dewan makan, dapur memasak dan asrama penginapan IAB.

IPN dalam proses untuk menambah baik pengurusan penyediaan makanan bermasak di kampusnya di Sabak Bernam. Oleh itu lawatan ini adalah penting bagi mendapatkan input-input berkaitan terutama dalam melihat kelainan pelaksanaan pengurusan aktiviti yang berkaitan untuk menambah baik amalan yang sedia ada di IPN. Terima kasih diucapkan kepada IAB yang sudi berkongsi kepakaran yang ada dalam aktiviti yang berkaitan. Semoga kerjasama sebegini akan diteruskan pada masa hadapan dalam menambah baik kualiti pengurusan latihan sektor awam.

Scroll to Top