MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SESI PENYERAHAN SURAT TAWARAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN SESI JANUARI JUN 2025 & SIJIL PENGHARGAAN
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI (CREATE)
MESYUARAT PENGURUSAN JANM @ IPN
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) JUN 2024
TAKLIMAT PROGRAM MICPA SPECIAL PATHWAY FOR MIA MEMBERS
LAWATAN PENANDAARASAN OLEH INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ (TISSA-UUM) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KUNJUNGAN HORMAT PIPN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA MEI 2024
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA 2024

LAWATAN PENANDAARASAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN BADAN PROFESIONAL DI UNITED KINGDOM

Pada 11 sehingga 15 November 2019 yang lalu satu program lawatan kerja telah dilakukan oleh Encik Burhanudin Mohd Noor, Pengarah IPN beserta Dr. D.Joyce Christina Dharmaraj Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Profesional IPN) dan Puan Nurul Husna Assanah, Ketua Program Pembangunan Profesional ke United Kingdom. Lawatan kerja penandaarasan enam buah institusi pengajian serta badan profesional perakaunan bertujuan mendapatkan pendedahan dan dapatan maklumat bagi menambah baik fungsi Institut Perakaunan Negara (IPN) dalam menyediakan latihan kewangan dan perakaunan sektor awam. Selain daripada itu lawatan ini juga dapat menambah baik jaringan usahama strategik yang dibina antara IPN dan badan profesional perakaunan dalam program yang dijalankan oleh IPN.

Skop lawatan adalah pembangunan profesional berterusan (continuous professional development – CPD), pembelajaran program profesional akauntan dan kumpulan sokongan, penyelidikan dan penerbitan perakaunan dan kewangan sektor awam serta pembangunan pembelajaran dalam talian. Institusi yang telah dilawati adalah Dublin Business School, Kaplan Financial, CIMA,ACCA, HM Treasury, dan BPP Professional.

Pada sesi lawatan kerja kali ini, IPN dan pihak yang dilawati telah berkongsi hala tuju, kerangka kerja dan proses yang digunakan dalam bidang pembelajaran dan pembangunan. Hasil daripada lawatan ini telah membolehkan IPN mendapatkan maklumat bagi merangka inisiatif-inisiatif baharu meningkatkan keberkesanan dan medium pembelajaran program latihan sedia ada serta membolehkan jaringan kerjasama strategik diperkukuhkan lagi. Lawatan sebegini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan agar memberi peluang kepada pegawai IPN bagi meluaskan pandangan dan perspektif berkaitan latihan dan pembangunan bagi memantapkan kedudukan IPN sebagai Institusi Latihan Perakaunan dan Kewangan Sektor Awam yang terulung di Malaysia.

Scroll to Top