Delegasi Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), Jabatan Kerja Raya yang diketuai oleh Ir. Khairul Azmeel bin Mohd Sopery, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Pusat Sumber telah mengadakan lawatan penanda aras dan kunjungan hormat kepada YBrs. Dr. Ahmad Shukri bin Abdul Gani, Pengarah IPN pada 4 September 2024.

Program ini merupakan platform perbincangan dan kolaborasi idea antara pihak IPN dan CREaTE yang bertanggungjawab memainkan peranan dalam menyediakan latihan kepada perkhidmatan awam Malaysia.
Semoga lawatan ini menjadi pemacu dalam memperkukuhkan lagi kerjasama yang baik antara IPN dan CREaTE pada masa hadapan di dalam ruang permuafakatan bersama institusi latihan awam.