KURSUS PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN IPN 2024
IPN HEBAT DAN AWESOME
Semangat “IPN Hebat dan Awesome” menjadi teras untuk 94 orang warga institusi untuk menjayakan kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan anjuran Unit Sumber Manusia dan Pentadbiran Am pada 1 hingga 3 Mac 2024 bertempat di Puteri Bay Hotel, Melaka.
Kursus 3 hari 2 malam ini telah dikendalikan oleh AFK Asia TeamXpert melalui bimbingan Encik Nazirul Adli dan pasukan fasilitator bagi membantu membentuk acuan organisasi yang kukuh dan sistematik yang merangkumi aktiviti kerjasama berpasukan, permainan menguji minda dan sesi riadah iaitu Memanah Tempur di Pantai Puteri.
Terima kasih atas penglibatan dan komitmen semua bagi menjayakan program ini.
Semoga IPN terus maju ke hadapan di dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik.