KURSUS PENGUKUHAN DIRI IPN
Pembinaan pasukan yang utuh dan jitu dalam mengemudi sesuatu organisasi adalah sangat penting dalam merealisasi visi dan misi yang harus dipikul oleh semua tidak kira golongan professional dan pengurusan mahupun kumpulan pelaksana. Oleh itu, Institut Perakaunan Negara melalui Unit Sumber Manusia dan Pentadbiran Am telah menganjurkan kursus Pengukuhan Diri IPN (Team Building) Tahun 2019 telah diadakan pada 15 Mac 2019 sehingga 17 Mac 2019 bertempat di Cherengin Hills Convention & Spa, Janda baik, Pahang.
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi kesepaduan yang berintipatikan kerjasama antara warga IPN dalam melaksanakan tugas semasa di samping membentuk acuan kesepakatan ukhwah yang berlatarbelakangkan nilai bersama Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu SPECIAL. Seramai 80 orang warga IPN termasuk Encik Abdul Hassan bin Mohmad, Pengarah IPN telah mengikuti kursus ini yang telah dikendalikan oleh Encik Noorlihakie bin Raja Husain daripada Kieno Dynamic Solution.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tiga hari kursus berjalan termasuk melibatkan aktiviti secara berpasukan dalam kelas, aktiviti fizikal, aktiviti ikhtiar hidup dan keagamaan.
Diharap melalui kursus ini IPN dapat membentuk satu pasukan kerja yang dinamik, berkebolehan, berintegriti serta proaktif dalam menggalas amanah yang diberikan untuk menghadapi segala cabaran pada masa hadapan