KURSUS DALAMAN IPN - PERSEMBAHAN BERIMPAK TINGGI
Penyampaian ilmu sekiranya didasari dengan teknik yang betul dan pendekatan yang inklusif berupaya menarik minat audiens yang pelbagai untuk belajar sesuatu yang baharu.
Sehubungan itu, selari dengan hasrat Institut Perakaunan Negara bagi membentuk tenaga pengajar dan juga warga yang mampu menyampaikan ilmu dengan berkesan, Unit Sumber Manusia dan Pentadbiran Am telah menganjurkan kursus Persembahan Berimpak Tinggi pada 5 Februari 2024 di Dewan Seri Buana yang dihadiri seramai 52 orang dan telah disampaikan oleh Encik Mohamad Aliff dari TwinInks Resources.