KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH IPN KEPADA YDP MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM
Pengarah Institut Perakaunan Negara (IPN), Dr. Ahmad Shukri bin Abdul Gani telah mengadakan kunjungan hormat kepada YDP Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Tuan Amran bin Dahlan pada 11 Oktober 2023 (Rabu).
Kunjungan hormat ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan dan kolaborasi antara IPN dan MDSB memandangkan IPN terletak di Daerah Sabak Bernam, Selangor.
Pihak IPN bersedia membantu dalam peningkatan keutuhan tadbir urus kewangan dan pemakaian standard perakaunan MPSAS melalui siri program latihan yang bersesuaian kepada kakitangan MDSB. Ini menjadi tanggungjawab dan peranan IPN untuk memberikan sumbangan terhadap komuniti khususnya di Sabak Bernam, Selangor.