MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SESI PENYERAHAN SURAT TAWARAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN SESI JANUARI JUN 2025 & SIJIL PENGHARGAAN
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI (CREATE)
MESYUARAT PENGURUSAN JANM @ IPN
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) JUN 2024
TAKLIMAT PROGRAM MICPA SPECIAL PATHWAY FOR MIA MEMBERS
LAWATAN PENANDAARASAN OLEH INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ (TISSA-UUM) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KUNJUNGAN HORMAT PIPN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA MEI 2024
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA 2024

KUNJUNGAN HORMAT MICPA

Satu kunjungan hormat daripada Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah diadakan pada 13 Januari 2020 yang lepas di bawah inisiatif . Presiden MICPA iaitu Dr Veerinderjeet Singh diiringi Timbalan Presiden MICPA Dato’ Gan Ah Tee dan ahli MICPA lain telah disambut dengan mesra oleh Dr Yaacob bin Mustafa, Akauntan Negara Malaysia, Encik Burhanudin bin Mohd Noor, Pengarah IPN dan bersama-sama pegawai-pegawai kanan JANM yang lain.

Kunjungan hormat ini antara lain membincangkan tentang hala tuju jaringan kerjasama di antara JANM, IPN dan MICPA bagi memantapkan bidang perakaunan terutamanya sektor awam. Menerusi kunjungan ini juga, pihak MICPA telah bersetuju untuk menambah baik serta menyokong pembelajaran di bawah kendaliannya. Ini termasuk dari segi kos pembelajaran dan juga bengkel sokongan untuk pelajar yang terlibat.

Diharapkan hubungan strategik yang telah terjalin ini akan bertambah erat demi pembangunan profesion perakaunan di Malaysia terutama dalam sektor awam. Usaha seperti ini akan dipertingkatkan dari semasa-ke semasa kerana kerjasama daripada badan-badan profesional sepeti MICPA adalah penting demi memartabatkan pembangunan kerjaya perakaunan sektor awam yang lebih berdaya saing dan kompeten mengikut kehendak semasa.

Scroll to Top