MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SESI PENYERAHAN SURAT TAWARAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN SESI JANUARI JUN 2025 & SIJIL PENGHARGAAN
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI (CREATE)
MESYUARAT PENGURUSAN JANM @ IPN
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) JUN 2024
TAKLIMAT PROGRAM MICPA SPECIAL PATHWAY FOR MIA MEMBERS
LAWATAN PENANDAARASAN OLEH INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ (TISSA-UUM) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KUNJUNGAN HORMAT PIPN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA MEI 2024
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA 2024

KOLOKIUM PENYELIDIKAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA 2023

Cyberjaya, 5 Oktober 2023 – Majlis Perasmian Kolokium Penyelidikan 2023 anjuran Institut Perakaunan Negara telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Yati Ahmad, Akauntan Negara Malaysia pada 5 Oktober 2023 secara dalam talian. Dalam ucaptama beliau menyentuh mengenai kepentingan pelaksanaan penyelidikan yang terancang dalam pemerkasaan dasar dan polisi sektor awam agar selari dengan perkembangan teknologi dan amalan terbaik sekaligus memacu penghasilan output yang optimum dan berkualiti tinggi.

Kolokium kali ini mendiskusikan sebanyak tujuh (7) hasil kajian berimpak tinggi melibatkan dua (2) orang pegawai Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dan lima (5) orang penyelidik daripada Institut Pengajian Tinggi Awam.

Diharap kolokium ini dapat memberi nilai tambah dan memberi manfaat kepada semua dalam usaha memperkasa modal insan berkualiti yang memenuhi permintaan industri.

Terima kasih dan tahniah kepada peserta, pembentang, pengulas khas dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kolokium pada kali ini.

Scroll to Top