MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SESI PENYERAHAN SURAT TAWARAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN SESI JANUARI JUN 2025 & SIJIL PENGHARGAAN
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI (CREATE)
MESYUARAT PENGURUSAN JANM @ IPN
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) JUN 2024
TAKLIMAT PROGRAM MICPA SPECIAL PATHWAY FOR MIA MEMBERS
LAWATAN PENANDAARASAN OLEH INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ (TISSA-UUM) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KUNJUNGAN HORMAT PIPN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA MEI 2024
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA 2024

KNOWLEDGE SHARING BERSAMA ROYAL INSTITUTE OF MANAGEMENT, BHUTAN

Pusat Pembangunan Profesional, Institut Perakaunan Negara (IPNCPD), telah menjadi tuan rumah bagi sesi Knowledge Sharing Bersama Royal Institute of Management, Bhutan (RIM) pada 16 Disember 2019 bertempat di IPNCPD, Cyberjaya.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh Dr. D.Joyce Christina Dharmaraj, Timbalan Pengarah, IPNCPD serta disertai oleh pegawai-pegawai IPNCPD. Delegasi RIM ini diketuai oleh Encik Karma P. Loday, Ketua Jabatan Kewangan dan Perniagaan, dan disertai oleh Encik Chonga Zangpo dan Puan Namgay Dem, Pensyarah Kanan, Jabatan Kewangan dan Perniagaan RIM. Sesi ini turut disertai oleh pegawai daripada CPA Australia iaitu Encik Theodore Lai, Konsultan Latihan dan Encik Amitroy Singh, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Asia Tenggara.

Fokus utama sesi perkongsian pengetahuan  ini adalah adalah berkaitan metodologi pelaksanaan dan pembangunan program keahlian dalam badan profesional terutamanya bagi  CPA Australia serta pengalaman IPNCPD dalam pengendalian program. Di samping itu, IPNCPD telah turut berkongsi fungsi dan peranan IPN dalam melatih dan membangun modal insan sektor awam dalam bidang kewangan dan perakaunan, penyelidikan yang sedang dijalankan, peluang kolaborasi akan datang serta lawatan ke fasiliti IPNCPD.

Sesi ini telah membolehkan IPNCPD, RIM dan CPA Australia bertukar-tukar pandangan dan pengalaman berkaitan pembangunan kewangan dan perakaunan sektor awam.

Scroll to Top