MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SESI PENYERAHAN SURAT TAWARAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN SESI JANUARI JUN 2025 & SIJIL PENGHARGAAN
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI (CREATE)
MESYUARAT PENGURUSAN JANM @ IPN
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) JUN 2024
TAKLIMAT PROGRAM MICPA SPECIAL PATHWAY FOR MIA MEMBERS
LAWATAN PENANDAARASAN OLEH INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) KE INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ (TISSA-UUM) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KUNJUNGAN HORMAT PIPN KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA MEI 2024
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA 2024

IPN LEADERSHIP SERIES 6/2019 – FINANCIAL REPORTING FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE

Institut Perakaunan Negara melalui Pusat Pembangunan Profesional telah menganjurkan Program IPN Leadership Series 6/2019 – Financial Reporting From an Islamic Perspective pada 6 November 2019, di IPNCPD, Cyberjaya. Sesi ini telah dikendalikan oleh YBrs. Prof. Dr. Zulkarnain Muhamad Sori, Deputy Director, BNP Paribas INCEIF Centre for Islamic Asset and Wealth Management. Sesi kali ini membincangkan perkara berkenaan pelaporan kewangan dari perspektif Islam.

Program ini dihadiri oleh seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada akauntan- akauntan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan kementerian-kementerian, serta wakil-wakil daripada agensi kerajaan lain seperti daripada Universiti Awam. Sesi ini juga telah disiarkan secara langsung online streaming dan dapat diakses melalui jaringan MYGov*Net yang membolehkan akauntan-akauntan yang tidak dapat berada di IPNCPD menonton program secara langsung.

Melalui program seperti ini diharap dapat menambahkan lagi pembudayaan ilmu dan maklumat dalam kalangan warga JANM khususnya di samping dapat meningkatkan lagi kredibiliti IPN sebagai sebuah institusi ulung sebagai peneraju dalam latihan perakaunan dan kewangan sektor awam.

Scroll to Top