The Future of Finance by Dr. Noel Tagoe
Institut Perakaunan Negara (IPN) dengan kerjasama Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) telah mengadakan perkongsian ilmu dalam sesi ceramah IPN Leadership Series Bilangan 1/2019 yang bertajuk Future Of Finance pada 19 Februari 2019. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Dr. Noel Tagoe, Executive Vice President Management Accounting, Research and Curricula, Association of International Certified Professional Accountants. Seramai 56 orang Akauntan lantikan JANM daripada pelbagai bahagian dan kementerian telah menghadiri sesi tersebut.
IPNCPD Leadership Series ini merupakan sesi perkongsian ilmu yang dianjurkan oleh IPNCPD bagi berkongsi ilmu dan maklumat terkini yang memberikan impak kepada akauntan terutamanya berkaitan perakaunan dan kewangan. Program sebegini akan membolehkan akauntan untuk mengembangkan pemikiran dan sentiasa mempunyai ilmu dan kemahiran yang diperlukan bagi kekal relevan dan dapat memberi nilai tambah dalam menjalankan tugas.
Tajuk yang telah dipilih ini adalah berdasarkan peneylidikan yang baru diterbitkan oleh Association of International Certified Professional Accountants bertajuk Re-inventing Finance for the Digital World. Tajuk ini dirasakan sesuai memandangkan teknologi memberikan impak yang mendalam kepada masyarakat dunia dan Akauntan perlu bersedia menghadapinya.
Antara isu yang dibincangkan dalam perkongsian ilmu ini adalah perubahan fungsi kewangan daripada berasaskan kos kepada nilai tambah kepada organisasi dan seterusnya masayarakat setempat, apakah skil dan kompetensi yang diperlukan bagi manghadapi perubahan ini serta keperluan untuk menjadi dinamik selaras dengan perubahan teknologi.