IPN DI PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI DAERAH SABAK BERNAM
Pada 24 Ogos 2019, Institut Perakaunan Negara telah menyertai Program Merdeka@Komuniti perngkat daerah Sabak Bernam yang telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan oleh kanak-kanak, acara permainan untuk kanak-kanak, pameran oleh agensi-agensi kerajaan, gerai-gerai jualan dan kemuncak kepada program adalah Konvoi Kibar Jalur Gemilang oleh agensi-agensi kerajaan di Sabak Bernam.
Program ini telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Muslimin bin Yahaya Ahli Parlimen Malaysia kawasan Sungai Besar. Beliau juga telah melepaskan konvoi yang turut disertai oleh kenderaan IPN bersama kenderaan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk kumpulan bermotosikal daripada Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam.
Selain menyertai konvoi, IPN juga terlibat dalam membuka pameran dalam program ini. Pameran berkaitan dengan aktiviti-aktiviti IPN selain mempromosikan kursus-kursus yang bakal dilaksanakan oleh IPN pada tahun ini. Program tamat pada jam 1.30 tengahari apabila peserta-peserta konvoi tiba di Pusat Komuniti Dun Sabak di Pekan Sabak Bernam.